Wednesday, January 14, 2009

United datang 26 Julai

Red Devils berjanji bawa semua bintang utama mereka ke Kuala Lumpur

MACAU: Di sebalik pengalaman pahit pada 2007 apabila perlawanan persahabatan Manchester United menentang Malaysia dibatalkan ekoran pertembungan tarikh dengan kejohanan anjuran Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), kelab Inggeris itu akan kembali beraksi di Malaysia pada Jelajah Asia kelab itu Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, David Gill, berkata pasukan itu akan beraksi dalam empat perlawanan sepanjang jelajah di Timur Jauh iaitu di China, Korea Selatan, Jakarta dan Malaysia.

"Jelajah kami di Asia sentiasa istimewa. Sokongan peminat amat mengagumkan. Asia penting bagi pertumbuhan komersil kami kerana hampir separuh daripada lebih 300 juta peminat kelab itu adalah di Asia dan angka itu terus meningkat," kata Gill semasa mengumumkan butiran Jelajah itu, semalam.

"Tahun ini kami ada tambahan destinasi baru, Jakarta di Indonesia di mana kami mempunyai kira-kira 12 juta peminat. Ini akan memberi peluang kepada peminat melihat wira mereka beraksi di negara mereka," katanya. Menurutnya, semua pemain termasuk Pemain Terbaik Fifa, Cristiano Ronaldo disenaraikan dalam pasukan.

"Kami tidak akan menggugurkan mana-mana pemain dalam jelajah ini dan mahu setiap pemain pamer prestasi terbaik kerana jelajah ini persiapan terakhir kami sebelum Liga Perdana Inggeris," katanya.

Sementara itu, Pengerusi ProEvents, Paul J Kam, berkata tarikh awal dijadualkan bagi jelajah di China ialah 16 Julai, Korea Selatan (20 Julai), Jakarta (24 Julai) dan Kuala Lumpur (26 Julai).

"Pada 2007 kami terpaksa batalkan perlawanan kerana ia bertembung dengan kejohanan Piala Asia anjuran AFC, tetapi kali ini kami pastikan perkara seperti itu tidak berlaku," kata Kam.

"Kami amat teruja menyambut kedatangan Manchester United ke Asia dan peminat akan berpeluang melihat aksi pasukan yang baru dinobatkan sebagai juara Kelab Dunia itu di sini."

Jurulatih Manchester United Sir Alex Ferguson yang bercakap melalui telepersidangan berkata: "Pemain begitu teruja untuk beraksi dalam Jelajah Asia.

"Bagi sesetengah pemain, Piala Dunia Kelab di Jepun adalah pertama kali mereka menyaksikan sokongan padu peminat terhadap kelab itu di Asia dan mereka benar-benar gembira.

"Kami tahu kami akan mendapat sokongan padu daripada peminat di semua lokasi dikenal pasti bagi perlawanan itu. Indonesia akan menjadi pengalaman baru bagi kami dan saya sendiri tidak sabar kerana ia merupakan lawatan pertama saya ke sana."


GLORY-GLORY MAN U..

p/s: budak2 yg anti-man u....korang nk p tgk tak?? kalu nak aku leh blanje tiket..tp dgn syaratla...kne pakai baju man u..ade brani?? sanggup ke beylot? sanggup ke talam dua muka?? hehehehehe...cabottttttttttt..
..

6 comments:

Cara Ross said...

jaz..akak minat pemain dia jer..hahaha

Arash Libra said...

boh-san!!!! woooooooooooo.....

Bitt (double IS) said...

jersey no.7 tu mcm no rumah baru aku...hahahahhaa

J@Z de Mama's Boy said...

kak amy,
minat pemain pon moh le dtg stadium..silap2 dpt amek gmbr ngn ronaldo ke..ngn jaz pon ok gak..no7 gak..hahaha

weh man,
boh-san takpe lg..jgn boh-jan..kakaka

kak,
wehh ko nye no umh 7 ke? so bilik pon ade 7 ke? aku nk satu leh?

fazadilla said...

weiii jaz..iiskk..bola + bola + bola..iskk!! cerita pasal makan laaaahhh:P

*suka makan..muahahaha

J@Z de Mama's Boy said...

fazi,
patot pon mu nampakkk g*m*k..cite makan jeeee..haha..takpe2 nti kite letak psl mkn pulok..